manfaat zakat
PENDAHULUAN
Zakat diwajibkan ke atas harta tertentu supaya harta dan kekayaan tidak berlegar hanya di kalangan orang kaya sahaja serta dapat memberi keharmonian hidup kepada semua. Harta kekayaan perlu dikongsi oleh semua ahli masyarakat kerana kegiatannya melibatkan alam dan persekitaran yang dimiliki bersama oleh masyarakat. Perlaksanaan Zakat telah dapat memenuhi maksud tersebut. Namun demikian, zakat hanya dikenakan ke atas harta tertentu yang dikhususkan dan disepakati (diikhtifak) oleh ulama. Ini bermakna bahawa perkongsian kekayaan hanya berlaku bagi harta tertentu sahaja.
Bentuk kegiataan ekonomi masa kini telah berubah, menjadi lebih kompleks dan bersifat komersial. Kegiatannya lebih menjejaskan alam dan persekitaran yang menjadi milik semua. Oleh itu harta yang tidak disepakati wajib zakat (diikhtilaf) seperti perladangan kelapa sawit dan ternakan ayam yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan perlu juga dikenakan zakat supaya hasilnya juga dikongsi oleh ahli masyarakat. Perlaksanaannya akan memastikan bahawa semua perolehan akan dikongsi bersama kerana kegiatannya juga telah menggunakan alam dan persekitaran yang menjadi milik semua. Persoalannya ialah adakah masyarakat bersedia untuk membayar zakat bagi harta yang diikhtilaf tersebut. Sehubungan itu kajian ini bertujuan menyelidiki sejauh mana kesediaan masyarakat untuk berkongsi harta bagi harta yang diikhtilaf wajib zakat tersebut. Kajian dilakukan ke atas seluruh Malaysia meliputi sektor pertanian, ternakan, galian dan pendapatan bebas menggunakan kaedah diskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia umumnya menunjukkan kesediaan untuk mebayar zakat harta yang diikhtilaf. Ini bermakna bahawa masyarakat bersedia untuk berkogsi kekayaan dan kebahagiaan yang diperolehi dan menyedari bahawa kegiatan ekonomi mereka telah mengguna dan menjejaskan alam dan persekitaran yang menjadi milik bersama.
Salah satu tujuan pensyariatan zakat adalah untuk berkongsi harta, supaya harta tidak berlegar hanya di kalangan orang kaya sahaja. Jika dinilai daripada sudut persekitaran pembayaran, ia adalah wajar memandangkan segala usaha dan aktiviti ekonomi sebenarnya adalah saling berkait rapat dengan manusia, alam dan persekitaran. Pada asalnya alam dan persekitaran adalah milik semua dan apabila ia digunakan, kesannya juga melibatkan semua pihak. Ini dinamakan kesan luaran (eksternaliti) iaitu kesan yang timbul samada berbentuk positif atau negatif kepada pihak ketiga akibat berlakunya kegiatan ekonomi. Oleh kerana setiap aktiviti ekonomi mengguna sumber alam milik bersama dan juga bakal menjejaskan persekitaran milik bersama maka manfaat juga seharusnya dinikmati bersama. Adalah tidak wajar jika pengusaha sahaja yang mendapat manfaat ekonomi sedangkan masyarakat lain tidak menikmati manfaatnya. Ia seolah-olah satu pampasan oleh pihak tertentu kepada pihak ketiga yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi. Oleh itu dalam Islam melalui pensyariatan zakat sebenarnya akan memastikan kesemua manusia, masyarakat dan alam persekitarannya mendapat manfaat daripadanya samada secara langsung dan tidak langsung. Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam.
Walaupun zakat berperanan penting dalam kehidupan manusia tetapi sumber zakat hanya dihadkan kepada harta yang bersifat tradisional yang disepakati oleh ulama iaitu beberapa jenis harta sahaja seperti emas, perak, lembu, kambing, gandum, kurma dan sebagainya. Pelbagai usaha lain tidak dikenakan zakat sedangkan usaha ekonomi tersebut juga akan membawa kesan eksternaliti. Sehubungan itu sumber zakat patut diperluaskan skopnya memandangkan semua kegiatan ekonomi tidak terlepas memberi kesan eksternaliti kepada pihak lain. Ini bermakna bahwa zakat sepatutnya dikenakan kepada harta lain selain yang disepakati ulama. Mungkin rasional daripada sudut alam sekitar adalah usaha ke atas harta lain turut menjejaskan alam dan persekitaran (kesan eksternaliti) sebagaimana usaha ke atas harta yang lain yang disepakati wajib zakat. Oleh itu sewajarnya hasil semua aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada persekitaran perlu juga dikongsi bersama oleh orang lain.
Pengusaha dan pemilik sepatutnya bersedia untuk berkongsi harta memandangkan ia telah mengguna sumber alam dan persekitaran yang menjadi milik bersama. Sekiranya langkah ini dilakukan maka ia merupakan satu langkah baru yang tentunya akan menimbulkan beberapa reaksi masyarakat. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk meneliti bagaimanakah reaksi masyarakat daripada segi kesediaan membayar yang menunjukkan kesediaan untuk berkongsi harta melalui pembayaran zakat bagi harta yang diikhtilaf. Beberapa cadangan serta implikasi dasar akan dijelaskan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam berkongsi alam dan persekitaran, berkongsi milik, berkongsi mengguna dan berkongsi manafaat.
ISI
Membelanjakan harta di jalan Allah SWT (kita kenal istilah, fisabilillah) adalah satu dari ciri-ciri utama orang-orang mukmin sejati. Dalam hal ini, Allah SWT tidak sekedar memerintahkan melainkan juga memberi motivasi begitu indah, agar kita tergerak untuk melaksanakannya. Sebagai contoh motivasi yang diberikan, salah satunya terdapat didalam Surat Al-Baqarah Ayat 265.
Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat ridha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya duakali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimispun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
Berbicara soal membelanjakan harta fisabilillah tampaknya mudah. Namun demikian, diperlukan kemauan yang cukup kuat untuk melakukannya. Maka dari itu, membelanjakan/menafkahkan (ber-infaq) harta di jalan-Nya dapat memperkuat jiwa dan akhlaq orang yang melakukannya. Lebih jauh lagi, sekecil apapun infaq yang disisihkan dengan penuh ikhlas sudahlah mencukupi untuk meraih ganjaran/balasan yang besar dari Allah SWT.
Dorongan atau motivasi yang diberikan dengan cara lain oleh Allah SWT kepada kita, terdapat didalam Surat Al-Hadid Ayat 7,
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan infaqkanlah sebagian harta yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan berinfaq, bagi mereka itu ada ganjaran yang besar.
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan infaqkanlah sebagian harta yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu dan berinfaq, bagi mereka itu ada ganjaran yang besar.
Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan kepada kita bahwa apapun yang kita miliki, sebelumnya telah pernah dimiliki oleh orang lain. Begitu pula nantinya apa yang kita miliki akan berpindah kedalam kepemilikan orang lain. Begitulah, kita adalah pengelola sementara atas harta itu, dengan kata lain peran kita hanyalah sebagai pemegang amanat. Maka dari itu, kita tidak perlu ragu-ragu dalam membelanjakan sebagian harta yang mana sifat kepemilikan kita atasnya hanyalah sementara. Selanjutnya, dengan ayat ini menjadi jelaslah bagi kita bahwa hanya mereka yang beriman dan menafkahkan hartanya di Jalan Allah SWT sajalah yang kelak akan memperoleh ganjaran yang besar dari Allah SWT. Adapun bagi orang-orang yang tidak beriman, yang membelanjakan hartanya untuk keperluan sosial, kelak di Hari Pembalasan tidak ada balasan baginya atas kebajikan yang telah ia lakukan itu, walaupun di dunia ini beberapa bentuk penghargaan bisa saja diperolehnya.
Allah SWT berfirman didalam Surat Al-Hadid Ayat 10,
Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah? Padahal Allah-lah yang mempusakai (memiliki) langit dan bumi.
Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah? Padahal Allah-lah yang mempusakai (memiliki) langit dan bumi.
Pada ayat ini juga terkandung petunjuk dan dorongan untuk membelanjakan sebagian harta di jalan Allah SWT. Dorongan itu berupa ajakan untuk merenungi, adakah diantara kita yang memiliki sebagian dari langit? Tentu tidak! Sesungguhnya hanya kepunyaan Allah SWT sajalah seluruh langit itu. Demikian pula dengan apa saja yang di bumi ini semuanya milik Allah SWT, walaupun seringkali kita terbiasa salah-ucap mengatakan, “ mobil saya, rumah saya, ataupun, ini balai pengobatan saya.” Maka dengan firman-Nya yang merangkai kata langit dan bumi, Allah SWT menerangkan kepada kita bahwa, sebagaimana halnya apapun yang di langit adalah milik-Nya demikian pulalah dengan apa-apa yang ada di bumi juga milik Allah SWT. Maka tak perlu kita ada keengganan untuk menafkahkan di jalan Allah SWT, harta yang sejatinya adalah milik Allah SWT. Maka dari itu Allah SWT pun mengundang kita didalam Surat Al-Hadid Ayat 11,
Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan ia akan memperoleh pahala yang banyak.
Apakah yang dimaksud dengan pahala/ganjaran yang besar atau pahala yang banyak? Ini dapat secara baik kita pahami dengan menilik Ayat ke-36 dari Surat An-Naba berikut ini.
Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak.
Ganjaran Surga jauh melampaui balasan yang patut kita terima atas perbuatan baik yang telah kita lakukan. Jadi, sebagai tambahan dari balasan itu, Allah SWT juga memberikan hadiah yang cukup banyak. Besarnya hadiah ini tergantung kepada keikhlasan dan niatan perbuatan kebajikannya. Itulah yang disebut oleh Allah SWT sebagai pahala yang banyak atau pahala yang besar di berbagai ayat didalam Al-Qur’an. Demikianlah kita akan memperoleh balasan dari Allah SWT, atas harta yang kita pergunakan fisabilillah sesuai dengan niat dan kadar keikhlasan kita pada saat melakukannya.
Anas RA meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jika seseorang memiliki satu lembah emas, ia takkan pernah merasa puas. Ia akan menginginkan satu lagi lembah penuh emas untuk dimilikinya. Padahal sesungguhnya hanya debu-kuburlah yang bisa memenuhi/memuaskan mulut seseorang.” (Bukhari)
Ubai bin Ka’ab mengatakan bahwa hadits ini begitu sering dibaca-ulang, sampai-sampai kami menyangka itu adalah ayat-ayat Al-Qur’an sehingga Allah SWT mewahyukan Surat At-Takatsur Ayat 1~8.
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Niscaya kamu benar-benar akan melihat Neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin (yakin sebab melihat sendiri), kemudian kamupun pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Niscaya kamu benar-benar akan melihat Neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin (yakin sebab melihat sendiri), kemudian kamupun pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
Ibnu Umar meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah Muhammad SAW menyampaikan sabda beliau kepada para sahabat, “Dapatkah kamu membaca seribu (1000) ayat Al-Qur’an setiap hari?.” Para sahabat pun berkata, “Siapakah dari kita yang sanggup melakukannya!?.” Rasulullah pun bersabda, “Adakah kamu tak dapat membaca Surat At-Takatsur.” (Al Hakim dan Al Baihaqi)
Dengan demikian berarti bahwa kandungan pesan didalam Surat At-Takatsur itu setara dengan seribu ayat. Adalah kenyataan bahwa kelemahan manusia itu adalah menumpuk-numpuk dan terus menambah harta dalam genggamannya hingga maut menjemput. Sungguhpun demikian, ada kewajiban orang beriman untuk membayar zakat (maal) sebesar 2.5 % (dua setengah persen) dari hartanya. Perlu diingat juga bahwa Allah SWT sering kali menyebutkan perintah Zakat langsung mengikuti perintah Shalat didalam Al-Qur’an. Dengan kata lain, Tidak diterima Allah SWT shalat seseorang sehingga ia bayarkan kewajiban zakatnya. Khalifah Abu Bakar RA adalah sahabat yang terbaik pemahamannya dalam hal zakat. Beliau menugaskan pasukan untuk memerangi mereka-mereka yang menolak membayar zakat walaupun mereka itu masih mengerjakan shalat dan menunaikan puasa.
0 Response to "manfaat zakat"
Posting Komentar